Saturday, May 2, 2009

Keletahku!






Umi kata, Hazim mesti jadi orang pandai. Pandai baca A,B, C, menari, menyanyi, baca doa, menulis, melukis, mewarna dan macam-macam lagi. Semuanya saya nak buat! Saya nak cepat besar, jadi seperti orang lain.



Ini adalah cara baru bersenam, boleh menggunakan muzik untuk membuat pergerakan mudah dan susah. Ianya seperti senamrobik. Sememangnya ia adalah pergerakan badan yang memberi kebaikan kepada'kardiovaskular' dan fizikal badan.



Tips bagi mendapatkan badan yang sihat ialah:





  • Luangkan 3 kali dalam seminggu membuat senaman dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit.


  • Sebaiknya memakai pakaian yang sesuai bagi memudahkan pergerakan badan dan mengelakkan kecederaan.


  • Mulakan dengan meregangkan badan sebagai persediaan sebelum memulakan pergerakan yang lebih kompleks.


  • Lakukan aktiviti atau kemahiran secara berulang dan teratur selama beberapa minit.

  • Untuk penutup, lakukan aktiviti menyejukkan badan bagi mengurangkan suhu dan kadar denyutan jantung.

JADIKAN GAYA HIDUP SIHAT ITU SEBAGAI AMALAN.


BADAN SIHAT OTAK CERGAS.




2 comments:

  1. petua yang baik untuk sihat dan cantik.mencegah kan lebih baik dari mengubat, tak gitu..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, mencegah lebih baik.
    Saya sukan senaman yang teratur itu memjadikan badan lebih sihat dan jiwa lebih muda. Cuma, skrag ni tak larat sangat nak bersenam (alasan je tu). Pada yang kuat semangat dan bermotivasi, ayuh...! Bersenam dan bersukan

    ReplyDelete