Friday, September 4, 2009

Keranamu....abah


Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Terima kasih abah...
Keranamu ku lahir
Keranamu ku berjaya
Keranamu ku tabah
Keranamu ku sayu
Keranamu kusedih
Keranamu kugembira
Keranamu ku belajar hidup
Di bumi yang serba mencabar
Menuntut ilmu dan pengalaman
Menghadapi jurang dan liku kehidupan

Abah...
Ku hormati dan kusanjung
Walau ada ketika kita tak sehaluan
Walau pernah wujud jurang pemisah
Walau hubungan menjadi hambar
Walau bicara tidak semesra dulu
Tapi, percayalah...abah
Kau yang ku sayang
Ku rindui, ku sanjung, ku mimpikan,

Abah...
Kini kau terlantar
Kesakitan, kesedihan, keuzuran dan kesunyian
Hatiku sedih, pedih mengenangkan nasib
Kecewa meruntun jiwa

Padamu Ya Allah...
Ku panjatkan doa semoga abah
Sabar..tabah..cekal..redha...
Ampunkanlah dosanya
Berilah rahmat kepadanya
Kurniakanlah kekuatan kepadanya
Tebarkanlah semangat, semangat..
Untuk menghadapi hari tuanya
Semoga anak-anak tidak lupa
Insaf dan sedar akan tanggungjawab terakhir
Amanah Tuhan yang amat besar
Amin........

7 comments:

  1. Doa sentiasa untuk abah dan sebutlah yang awak sayang padanya.

    ReplyDelete
  2. ishk!!ishk!!sedihnye..sajak tu kene ngn g...cume bezanye ayahanda tercinta sudah tiada.Tapi walaubagaimana pun ingatanku padanya.Tidak pernah luput. Aku sentiasa mendoakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Aminnn..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...kerana sama-sama merasa apa yang kurasa. Walaupun ayah kita tahu dan kita dah sebut, ucaplah slalu sebagai terapi jiwanya! Ia juga amanah kita selagi hayat di kandung badan hingga akhir nyawa.

    ReplyDelete
  4. Apa-apa pun,
    harap Syikin bersabar,
    tabahkan hati,
    mudah-mudahan,
    semuanya akan kembali kepada asal nanti.

    ReplyDelete
  5. Tiada ibu dan bapa
    tiadalah kita.

    Sayang dan kasih
    balas budi jasa mereka.

    Walau di mana jua kita berada
    ibu dan bapa
    dalam hati kita
    buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kawan-kawan... Saya akan sentiasa berusaha walau sibuk macam mana sekalipun.

    ReplyDelete
  7. akam kak! bestnya karya kak. tangkap lentok coz sedih n sayu sgt. syabas utk kak! sedap... smga kak bjya dlm hdup. ikhlas dari sal

    ReplyDelete